YB turun Padang

Selamat Pagi YB....! Inilah wajah YB Tan Joo Phoi bersama AJK JKKK Kpg. Hj. Baki yang turun padang awal pagi lagi bagi melihat sendiri permasalahan penduduk dalam kawasan beliau pada 14.04.2011 yang lalu.

                                                     
....terima kasih YB!!! ..Ini lah YB 1 Malaysia. yang mempunyai keperihatinan kepada penduduk.

...." syek syek ni".....saya memang sokong Barisan Nasional!!!

...ha...apa macam ini YB sana bocor sini sumbat!!! " kata Timb. Pengerusi kepada YB semasa lawatan di salah sebuah rumah dekat Blok B Kpg. Hj. Baki.


...Ha...ini jalan YB, hanya itu kuda saja boleh lalu.... 


....ok..cukup...cukup dacing dah sama seimbang...kalau tak..nanti pakai timbang air!!! Berkempen semasa Pilihan Raya  Negeri Sarawak baru baru ini.
1..2..3..klik..inilah wajah AJK JKKK kelihatan berseri untuk menanti giliran menerima geran kerajaan bagi semua pertubuhan yang ada.


Penerimaan Geran untuk JKKK Kpg. Hj. Baki yang bertempat di Ibu Pejabat SUPP Jalan Senteral Kuching pada 13.08.2011 yang di sampaikan oleh YB Datuk Yong Khoon Seng Ahli Parlimen P 196 Stampin merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Thank You Datuk....atas geran tersebut JKKK akan menggunakan dengan sebaiknya bagi melaksanakan aktiviti yang bermanafaat.....!!!



YB turun padang

YB turun padang

Aktiviti JKKK tahun 2011

 Inilah yang dinantikan.....Pihak Pegawai Daerah membuat pemeriksaan tapak tanah untuk pembinaan sebuah Dewan Kpg. Hj. Baki. Nombor 2 dari kiri En. Abd. Khalid Manap ( Pejabat Daerah Kuching ) Pegawai Jurutera dari JKR Kuching Puan Norlela Pegawai dari Pejabat Daerah Kuching.

 Perbincangan dan perancangan bermula. ...." dewan JKKK kamek dapat siap tahun tok??...Ketua Kaum bertanya kepada Pegawai Daerah Kuching.

 ..ini lah wajah isteri pengerusi JKKK kita sedang menuggu gilaran untuk menyemak semula tempat mengudi

 ...Ketibaan YB Encik Tan Joo Phoi di sambut oleh AJK JKKK Kpg. Hj. Baki. " kacak sik uniform JKKK kamek  YB...? Timb. Pengerusi bertanya kepada YB ....ai..ya ...sama colour bendera Malaysia ke???

 Ketibaan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan Cr. Lo Khere Chiang ..oi...jangan salam lama..lama..aku lagi..!!!

 ..." penduduk Kampung Hj Baki...saya ingin umumkan sini peruntukan Dewan Kpg. Hj. Baki telah diluluskan inilah usaha kita yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional  dan saya tambah lagi RM5000 untuk aktiviiti JKKK Kpg. Hj. Baki." pengumuman di buat semasa perasmian Majlis Chap Goh Mei dan Penyampaian geran Tanah di perkarangan rumah timb. pengerusi JKKK Tuan Hj. Bujang. Gambar backdrop  Dato' Yong Khoon Seng tapi oleh urusan  yang tidak dapat di elakan Dato' tak dapat hadir.  Terima kasih YB !!! Itu yang dikatakan YB yang berjiwa rakyat sememang akan di sokong kepimpinannya oleh rakyat!!!

" terima kasih YB..hai..senangnya dalam hati..dah dapat geran tanah....ha...itulah kata kata hati kecil penerima yang telah mendapat geran tanah di sampaikan oleh YB Tan Joo Phoi !!!


 ..1..2..3...4...kanan...kiri...depan...belangkang...bunyi orang nak cari siput sedut pula....tapi mereka ini bukannya nak cari siput..tapi persembahan senamrobik Kpg.Hj. Baki. Persembahan mereka telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Tarian Senamrobik anjuran kelab Kebudayaan Kpg. Hj. Baki bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak  baru baru ini. syabas!!!

 "..lagi satay YB....jika tak saya makan habis...ha...YB menjamu selera selepas penat berucap...

 !!!!..action..Ketua Kaum kita menerima perlantikan semula  berkhidmat menjadi Ketua Kaum Kpg. Hj. Baki  itu lah wajah ayahanda Tuan Hj. Taib b. Hamdan...juga pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki.


 ..sampul surat itu ..?? saya tahu ..dalam nya..!!! Ha.... Timbalan Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki menerima watikah perlantikan untuk semua AJK JKKK Kpg Hj. Baki daripada YB Tan Joo Phoi...TQ YB..


 ...terimalah YB tanda oleh oleh dari JKKK Kpg. Hj. Baki tiada lain nak di beri bajet sik cukup buah limau mandrin sahaja....tak ..apalah...kata YB..

 Inilah wajah wajah ceria selepas mendapat watikah perlantikan JKKK Baru Kampung Hj. Baki yang di Ketuai oleh Pengerusi JKKK Tuan Hj. Taib b. Hamdan ( barisan depan kanan ) penghulu Tuan Hj. Dollah, YB Tan Joo Phoi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Cr. Lo Khere Chiang Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, Tuan hj. Bujang b. Mahrup Timb. Pengerusi JKKK, Puan Agnes ak Samen AJK JKKK dari barisan belakang kanan Pn. Hasimah Morshidi biro kesenian  JKKK, Pn. Ramlah biro agama JKKK,Pn. Badariah biro wanita  JKKK,En. Henry Tawi Bendahari JKKK, Abg. Bohari Setiausaha, Tuan Hj. Sitam AJK JKKK, En. Asri b. Bujang AJK JKKK, En. Jamil b. Hj. Muslim AJK JKKK, En. Mostapha b. Mat AJK JKKK, Pn. Hasiah bt. Morshidi biro hal ehwal  wanita, Cik Aslia Timb. Setiausaha, dan En. Baslie b Sulaiman AJK JKKK.


 ..wah...cantik nya baju...barisan seni tarian poco-poco Kpg. Hj. Baki. jika nak belajar poco poco ha...jumpalah ketua nya..!!!

Ha...1..2..3..klik..yg.manis ada, yg. comel ada, macam macam ada...barisan wajah JKKK Kampung Hj. Baki sesi 2010-2012 dib ketuai oleh Tuan Hj. Taib b. Hamdan ( Ketua Kaum merangkap pengerusi JKKK)

AJK JKKK KPG HJ. BAKI

Tuan Hj Taib b. Hamdan ( Ketua Kaum )  - Pengerusi JKKK

Tuan Hj. Bujang b. Mahrup                       - Timb. Pengerusi JKKK
Abg. Bohari b. Abg. Hj. Salleh                  - Setiausaha JKKK
Encik Henry Tawi ak Entring                     - Bendahari JKKK
Cik Aslia bt. Pardie                                   - Timb. Setiausaha JKKK
En. Raymond Noel                                    - Penasihat Perundangan JKKK
Tuan Hj Sitam b. Abas                              - AJK JKKK
En. Asri b Bujang                                      - AJK JKKK
En. Jamil Hj. Muslim                                 - AJK JKKK
En. Jamal b Tasrip                                     - AJK JKKK
En. Mostapha b. Mat                                - AJK JKKK
En. Baslie b Sulaiman                                - AJK JKKK
Pn. Yek Tiew Hung                                  - AJK JKKK
Pn. Agnes ak Samen                                 - AJK JKKK

Foto-foto Aktiviti

Puan Agnes ak Samen AJK JKKK

...haa..inilah yang di katakan berat sama dipikul ringan sama di jinjingl. Puan Agnes ak Samen AJK JKKK...." ingatkan main meriam buluh.!!!!  tapi rupanya  sedang membakar ayam pansuh pada sebelah pagi untuk hidangan para tetamu majlis ramah tamah Aidilfitri. Puan...YB kata ..ayam pansuh best!!!  ha...sapa nak belajar cara buat ayam pansuh carilah Puan Agnes kita..tapi..lepas diajar paham...pahamlah..!!. 

Wajah AJK JKKK Kpg. Hj. Baki yang baru

Inilah wajah AJK JKKK Kpg. Hj. Baki yang baru di namakan JKKK 1 Malaysia bersama YB Encik Tan Joo Phoi Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri Yg. Bhg. Pengerusi Majlis Kota Padawan Cr. Lo Khere Chiang, Yg. Bhg. En. Abd. Khalid b. Manap Timb. Pegawai Daerah Kuching.


  .....terima kasih YB atas sudi beri watikah kepada saya.....

Rakaman rancangan " Jiran Sekampung "
Inilah wajah Encik Abd. Khalid b. Manap turut serta dalam menjayakan rakaman rancangan " Jiran      Sekampung "  terbitan Encik Rosli Murta dari RTM Kuching yang telah di keudarakan pada  Jumaat 08.10.2010 5.30 petang di Sarawak FM......rugi sapa sik negar ria!!!!


Turut sertaYB Encik Tan JooPhoi
YB Encik Tan JooPhoi pun ada turut serta dalam racangan  " Jiran Sekampung " Inilah  YB yang berjiwa rakyat apa apa aje....  YB mesti datang ... asal di jemput . Terima kasih YB.

Kebersihan yang diutamakan
Wah!!! makcik Sita kita ni..sibuk betul maklumlah...kebersihan yang diutamakan dan jamuan hadirin di dahulukan...kawan kitak sebelah ya makcik....gelang dan cicin mas nya masuk dalam kari kelak keluar mas lain .....
Tarian Naga.. :)
...haa...rinduk sidak Hj. Baki bila nangar sambutan meriah untuk YB dan VIP yang lain Tarian Cina ada...

Tarian India
...aiee..tarian muzikal kaum India pun ada..haa...siapa nak menyemput kumpulan muzikal ini, carilah setiausaha JKKK Kpg. Hj. Baki ..tok di namakan 1 Malaysia saranan oleh YAB Perdana Menteri kita  dan di ikuti oleh JKKK Hj. Baki yang di namakan JKKK 1 Malaysia..


Wakil dari Pejabat Daerah Kuching
Yg. Bhg. wakil dari pejabat daerah Kuching menyampaikan kata alu aluan dan watikah untuk AJK JKKK baru Kpg. Hj. Baki sesi 2010-2012. Terima kasih Encik Abd. Khalid b. Manap dari Pejabat Daerah Kuching.
Pengumuman Penting!!
Pengumuman!!!  geran JKKK untuk Kpg. Hj. Baki untuk tahun hadapan akan di tambahkan dengan syarat JKKK Kpg. mestilah aktif menjalakan aktiviti....yahoooo...!!! Terima kasih YB!!!




Barisan VIP
Barisan para VIP Yg. Bhg. Pengerusi MPP Cr. Encik Lo Khere Chiang, Yg. Bhg. Encik Abd. Khalid b. Manap, YB Encik Tan Joo Phoi Ahli Wakil Rakyat N13 merangkap Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Yg. Berusaha Ketua Kaum Kpg. Hj. Baki Tuan Hj. Taib b. Hamdan merangkap Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki,  dan Ketua Kaum Kampung Semaba Kuching Encik Richard.

Info Kampung Haji Baki

JKKK KPG. HJ. BAKI NO. 205, Lrg 3, Blok B 93250, Kuching Sarawak.

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Logo Kenyalang


Rakan Facebook

Pengikut

Dikuasakan oleh Blogger.
Powered By Blogger