|
1 ulasan
Ikan Bawal Kukus |
Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia
600 gm bawal kecil 1gm minyak bijan
20gm halia muda diracik halus 10gm cili merah diracik halus
100gm tomato diracik halus 15 gm daun sup
5gm garam 60gm minyak halia
sedikit lada putih 100gm kicap cair
Cara cara membuatnya
Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam. garam, lada putih dan minyak bijan. Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato dan parsli segar. Tuangkan minyak halia dan kicap sebelum di sajiakan.
Sup Tauhu Senyuman Ayam
Sup Tauhu |
2 keping tauhu ( di potong 4 dan di goreng )
200gm isi ayam (di cicang halus )
200gm halia
15gm daun sup
4 ulas bawang putih
5ulas bawang merah
500ml air
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam , garam secukup rasa
rempah ratus
Cara cara membuatnya:-
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga kekuningan. Masukkan air dan garam secukup rasa masak sehingga mendidih.
Setelah sup mendidih, masukkan tauhu yang sudah disumbatkan isi ayam kedalam sup tadi sehingga masak.
Masak dalam 15-20 minit dan sedia untuk di sajikan.
Ulaman 1 Malaysia
Ulaman 1 Malaysia |
Bahan- bahan:-
300gm Buah Epal Merah ( di potong dadu )
300gm Buah Epal Hijau ( di potong dadu )
200gm Lobak Merah ( di potong dadu )
300gm Sayur Kobis ( di hiris mayang )
200gm Sayur Salad ( sebagai hiasan )
300gm Mayonis
200gm Susu rendah lemak bekerim
Cara-cara membuatnya:-
Campurkan buah buahan tadi , lobak merah dan sayur kobis di gaul rata. Masukan mayonis, susu rendah lemak bekerim ke dalam bahan tadi dan di gaul hingga sebati. Hidangkan di atas daun salad yang telah di susun dan sedia untuk di sajikan. ( boleh juga di masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam baru di sajikan )
Aiskrim Pancake
Bahan-bahan:-
100gm Tepung gandum
30gm Susu Tepung ( Dutch Lady )
200ml Susu cair F&N Full Cream
30gm gula pasir
1biji telur ayam
1 sudu makan baking powder
Cara-cara membuatnya:-
Campurkan tepung gandum, susu tepung, gula pasir hingga sebati baru masukan telur bersama susu cair dan margerin yang sudah di cairkan di pukul hingga sebati. Kemudian barulah masukan baking powder dan di gaul hingga rata.
Panaskan wajan kecil ( frying Pan ) sapukan dengan sedikit minyak masak supaya adunan tadi tidak melekat. Barulah masukan adunan tadi dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Setelah permukaan pancake didapati berlubang dan tepinya sedikit keras barulah ianya masak sepenuhnya dan letakan keatas pinggan. Biarkan ianya sejuk barulah di hiaskan dengan aiskrim yang berbagai perisa keatas pancake tadi dan sedia untuk di hidangkan. - Selamat mencuba!!
1 ulasan:
boleh sik masukkan menu or cara molah laksa sarawak dalam tok. kamek di tempat orang susah juak mauk ngukot resepi lain. sik semua jadi. haji baki mesti lagik best rasa nya. tolong kamek... cik
Catat Ulasan