Aktiviti JKKK Kpg. Hj. Baki

Selamat Datang Ke Taman Rekreasi Haji Baki untuk menandakan bahawa pengunjung  telah selamat sampai ke Kampung Haji Baki. ...tak sesat lagi!!!!

Papan tanda ke Taman Rekreasi

Assalmualaikum!!! Inilah Masjid berwajah baru yang tersergam indah
menjadi mercu tanda warga penduduk Kpg. Hj.  Baki. 
Aktiviti Berzikir..
 ...haa..inilah aktiviti JKKK kami jika di jemput untuk berzikir ke majlis kesyukuran ataupun majlis perkahwinan pada hujung minggu....bukan..zikir barat..tapi zikir ya..nabi ataupun marhaban lagu Uji Rasid pun ada.!!! jika tak pecaya haa... jemputlah  kumpulan zikir JKKK Kpg. Hj Baki yang di namakan Zikir Ar-Rahman yang di pengerusikan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Tuan Hj. Bujang b. Mahrup yang diketuai oleh Tuan Hj. Marzuki b. Julhi ( guru zikir ) Sesiapa yang mendengarnya  ...pasti terujer!!!

Jamuan Makan...  :)
Lepas berzikir.. alhamdullah ada  jamuan pula, memang menyelerakan eh..eh..nak lauk lagi ke??? tak kan lah tak cukup, nanti kau ku mandikan dengar air sirap....baru tauuu....!!!


Bincang sambil makan-makan... :)
oopss..apa yang dibicangkan oleh AJK JKKK haa...ini di katakan permuafakatan berat sama dipikul ringan sama di jinjing ada ada aje yang dirancangkan sambil menjamu selera di rumah setiausaha JKKK..


16.12.2010 Lawatan pemimpin bersama rakyat di perkarangan sekolah SK Kpg. Hj. Baki Kuching.


Inilah satu daripada aktiviti tahunan JKKK Kpg. Hj. Baki bergotong royong memasak bubur " Asyura " 
dan akan di sedekahkan kepada jemputan yang hadir berzikir....


Sebahagian dari AJK JKKK Kpg. Hj. Baki yang membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Hidupan Liar Matang pada  24.12..2010 hingga 25.12.2010 yang di ketuai Timbalan Pengerusi JKKK Tuan Hj. Bujang b. Mahrup.

                                                                            


Terimalah cenderahati dari kami JKKK Kpg. Hj. Baki ....kepada Encik Abg. Abd. Mutalib b. Abg. Tajuddin  yang telah memberi taklimat  kepada kami yang mana  memberi satu pengenalan baru tentang peranan JKKK Kampung dengan Sarawak Forestry. Kami semua AJK JKKK Kpg. Hj. Baki mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PABC Sarawak Forestry atas sokongan menjayakan program lawatan JKKK Kpg. Hj. Baki. Syabas!!!

Haa!!! tengok tu... Timbalan Pengerusi JKKK kita....itu baru memberi konsentrasi kepada Puan Bistari bt. Mahmood yang memberi ceramah tentang konservasi dan undang undang perlindungan hidupan liar...dan juga puan menceritakan tentang apakah pentingnya kelawar dengan pokok Durian??? Haaa....anda tahu tak??? Jika tak tahu,  datanglah  berkunjung ke Pusat Hidupan Liar Matang nanti Puan Bistari ceritakan ...pasti seronok!!!!

Inilah pakaian seragam JKKK 1Malysia Kpg. Hj. Baki yang terdapat berbilang bangsa  kaum dan agama  .

Senyum!!!! 1.2.3 klik....gambar bersama penceramah Sarawak Forestry  semasa lawatan sambil belajar ke Pusat Hidupan Liar Matang.

Alaa....hujan tak...panas pun tidak ..nak kemana bepayung. Ini lah sebahagian drri AJK wanita JKKK  1 Malysia Kpg. Hj. Baki. Cantik tak??? aku pakai bedak banyak banyak ..baru tau!!!!




Info Kampung Haji Baki

JKKK KPG. HJ. BAKI NO. 205, Lrg 3, Blok B 93250, Kuching Sarawak.

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Logo Kenyalang


Rakan Facebook

Pengikut

Dikuasakan oleh Blogger.
Powered By Blogger