|
0
ulasan
Bismillah-hirahma-nirahim Asalamualaikum-warahmatullah-hiwabaratuh, Salam sejahtera dan salam satu Malaysia...
Bersyukur kehadrat Allah s.a.w yang maha pengasih lagi penyayang, dengan limpah kurnianya, maka apa yang dihajati akan di makbulkan selagi kita berusaha dengan niat yang iklas.
JKKK Kpg. Hj. Baki kini telah berubah corak dengan maju kehadapan yang mana AJK JKKK Kpg. Hj. Baki mempunyai berbilang kaum agama dan budaya semuanya warga penduduk Kpg.Hj. Baki. Mereka amat bersatu hati mengembeling tenaga sama sama ingin melihat perubahan kampung, hidup bermuafakat dan harmoni. Jesteru itu, JKKK Kpg. Hj. Baki di berikan nama JKKK 1 Malaysia bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.
JKKK Kampung merupakan salah satu pertubuhan yang bertanggung jawab dalam membantu membangunkan kampung dan juga badan perantaraan / perhubungan dua hala di antara wakil rakyat dan kerajaan dengan penduduk kampung. Dalam erti kata lain, JKKK memainkan peranan sebagai orang tengah di antara pihak kerajaan dan juga masyarakat kita. Jesteru itu, JKKK Kpg. Hj. Baki amatlah bersesuaian di namakan JKKK 1 Malaysia kerana semua kaum dapat berkerjasama.
Oleh itu saya, Tuan Hj. Taib b Hamdan Ketua Kaum selaku Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki amat berterima kasih kepada Ahli Wakil Rakyat N13, Pegawai Pejabat Daerah Kuching, atas perlantikan baru JKKK 1 Malaysia. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua AJK-AJK baru harapan saya kita berjuang sebagi satu pasukan dan tidak lupa saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Penerbit yang membuat penerbitan di dalam laman Blog ini.
Sekian terima kasih.
" SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"