Ramah Tamah Aidilfitri 2011

Kunjungan Setiausaha JKKK Kpg. Hj. Baki ke rumah YB Datuk Amar Abg. Hj. Abd. Rahman Zohari b. Tun Abg. Hj. Openg sempena Hari Raya  2011.





Keratan Akhbar Utusan Borneo YB Datuk Yong mengumumkan dana sebanyak RM 30,000 kepada tabung JKKK Hj. Baki bagi membina Dewan Serba guna di Kpg. Hj. Baki semasa ucapan perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri  18.09.2011. Terima Kasih YB Datuk!!



Backdrop semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 yang di rasmikan oleh YB Dato' Yong Khoon Seng
Timb. Menteri Kerja Raya Malaysia.


Kiri- Tuan Hj. Awg. Samsuddine ( Pengerusi PIBG SK Kpg. Hj. Baki) Tuan Hj. Bujang b. Mahrup ( Timb. Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki. ) YB Dato' Yong Khoon Seng P196 Stampin Timb. Menteri Kerja Raya Malaysia), Y. Bhg. Cr. Lo Khere Chiang ( Pengerusi MPP ), Tuan Hj. Taib B. Hj. Hamdan ( Ketua Kaum merangkap Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki ).


...selamat petang,  salam satu Malaysia dan Selamat Hari Raya....YB. Dato'...bila lah Dewan Kpg. Hj. Baki tok ada...???


....ha!!!.....pasangan yang bahagia antara tetamu jemputan dan telah menjadi juri pertandingan Karaoke Hari Raya kepada remaja 18 tahun kebawah.....terima kasih sudi hadir!!  


...ha!!...yang duduk ditengah tu, pakar pembuat lemang (Encik Abd. Wahab Salleh ) di Kpg. Hj. Baki. Jika ...apa!!! nak tempah??  boleh order online www.lemang.hjbaki.@ yahoooo.....


..Selamat Petang , Salam sejahtera dan Selamat Hari Raya...saya amat berbangga melihat penduduk yang begitu ramai sekali bersama saya meraikan Aidifitri pada petang ini..''Apabila semuanya sudah selasai, saya akan mencari peruntukan untuk membina dewan serba guna di kampung" ....sekian terima kasih!!


YB Dato' Yong Khoon Seng Timb. Menteri Kerja Raya memotong ribbon secara simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2011 ....hrp. maaf....gambar kurang memuaskan!!!



...ni..nak jual ke???  ...he..he...tidak Dato' inilah hadiah pertama yang saya dapat semasa pertandingan bertuntung anjuran JKKK Kpg. Hj. Baki ...( Encik Aziz b. Sirat )


....Pemenang tempat ke3 pertandingan karaoke lagu Suasana Hari Raya di sandang oleh Adik Siti Zulaika bt.Radewan.


....Pemenang tempat ke2 pertandingan karaoke lagu Suasana Hari Raya disandang oleh Adik Nuraffida bt. Affendi.



....Pemenang tempat ke1 pertandingan karaoke lagu Suasana Hari Raya disandang oleh adik Liliz bt. Samat...tahniah adik!! ...wow....suara betul macam Datuk CT...!!! Ketua Kaum pun terpeggun mendengar beliau mendendangkan lagu semasa Ramah Tamah Aidilfitri 2011 anjuran JKKK Kpg. Hj. Baki.

Diari aktiviti JKKK Kpg. Hj. Baki 2011.

Sempena dengan sambutan Aidilfitri 2011 JKKK Kpg. Hj. Baki mengadakan pertandingan " Bertuntung" dalam sekitar Kpg. Hj. Baki sahaja iaitu Blok A, Blok B, Kawasan Perumahan dan Blok C. Tujuan bagi mengadakan  pertandingan tersebut  untuk keseronokan memeriahkan  dwi perayan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan 2011 selain untuk memupuk semangat mengekalkan budaya " Bertuntung " yang semakin pudar ini kembali meriah dan meningkatkan  semangat bergotong royong ketika menghiaskan rumah kediaman maupun perkampungan masing masing.Jesteru itu ia juga dapat merapatkan silaturahim penduduk di antara Blok ataupun lorong yang terdapat dalam Kpg. Hj. Baki. Harapan semoga aktiviti ini, akan di adakan pada masa masa akan datang dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan maupun syarikat seperti Shell yang mana pembekal penjualan minyak tanah dsb.bagi pemberian sponsorship.

Pelbagi hadiah telah di sediakan kepada pemenang atas kreativiti masing masing dan akan di sampaikan pada ramah tamah Aidilfitri 2011 nanti. Selain dari hadiah yang di sediakan, pemenang akan di pratontonkan kedalam blog JKKK Kpg. Hj. Baki. AJK JKKK tidak dibenarkan bagi menyertai pertandingan tersebut.Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut pada 23.08.2011.Tiada yuran pernyertaan!!!

Dari kiri Encik Henry ak Entring ( Bendahari JKKK ) Ketua Kaum Kpg Hj. Baki Tuan Hj. Taib b Hamdan 
.kak! .kami datang ini untuk memberi sumbangan daripada Ahli Parlimen kita P 196 YB Datuk Yong Khoon Seng...!! kata Ketua Kaum kepada pemilik rumah yang terkena kebakaran  baru baru ini. Turut hadir bersama ialah Bendahari JKKK Kpg. Hj. Baki Encik Henry ak Entring. Ketua Kaum menyampaikan sumbangan tersebut bagi pihak YB Datuk Yong Khoon Seng P. 196 Stampin bagi bantuan segera untuk meringankan perbelanjaan pada bulan Ramadan. ...Terima Kasih YB!! Inilah hasil usaha murni JKKK Kpg. Hj. Baki yang senantiasa ambil peka terhadap perkara yang tidak di ingini berlaku bagi mendapatkan bantuan. 


YB turun Padang

Selamat Pagi YB....! Inilah wajah YB Tan Joo Phoi bersama AJK JKKK Kpg. Hj. Baki yang turun padang awal pagi lagi bagi melihat sendiri permasalahan penduduk dalam kawasan beliau pada 14.04.2011 yang lalu.

                                                     
....terima kasih YB!!! ..Ini lah YB 1 Malaysia. yang mempunyai keperihatinan kepada penduduk.

...." syek syek ni".....saya memang sokong Barisan Nasional!!!

...ha...apa macam ini YB sana bocor sini sumbat!!! " kata Timb. Pengerusi kepada YB semasa lawatan di salah sebuah rumah dekat Blok B Kpg. Hj. Baki.


...Ha...ini jalan YB, hanya itu kuda saja boleh lalu.... 


....ok..cukup...cukup dacing dah sama seimbang...kalau tak..nanti pakai timbang air!!! Berkempen semasa Pilihan Raya  Negeri Sarawak baru baru ini.
1..2..3..klik..inilah wajah AJK JKKK kelihatan berseri untuk menanti giliran menerima geran kerajaan bagi semua pertubuhan yang ada.


Penerimaan Geran untuk JKKK Kpg. Hj. Baki yang bertempat di Ibu Pejabat SUPP Jalan Senteral Kuching pada 13.08.2011 yang di sampaikan oleh YB Datuk Yong Khoon Seng Ahli Parlimen P 196 Stampin merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Thank You Datuk....atas geran tersebut JKKK akan menggunakan dengan sebaiknya bagi melaksanakan aktiviti yang bermanafaat.....!!!



YB turun padang

YB turun padang

Aktiviti JKKK tahun 2011

 Inilah yang dinantikan.....Pihak Pegawai Daerah membuat pemeriksaan tapak tanah untuk pembinaan sebuah Dewan Kpg. Hj. Baki. Nombor 2 dari kiri En. Abd. Khalid Manap ( Pejabat Daerah Kuching ) Pegawai Jurutera dari JKR Kuching Puan Norlela Pegawai dari Pejabat Daerah Kuching.

 Perbincangan dan perancangan bermula. ...." dewan JKKK kamek dapat siap tahun tok??...Ketua Kaum bertanya kepada Pegawai Daerah Kuching.

 ..ini lah wajah isteri pengerusi JKKK kita sedang menuggu gilaran untuk menyemak semula tempat mengudi

 ...Ketibaan YB Encik Tan Joo Phoi di sambut oleh AJK JKKK Kpg. Hj. Baki. " kacak sik uniform JKKK kamek  YB...? Timb. Pengerusi bertanya kepada YB ....ai..ya ...sama colour bendera Malaysia ke???

 Ketibaan Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan Cr. Lo Khere Chiang ..oi...jangan salam lama..lama..aku lagi..!!!

 ..." penduduk Kampung Hj Baki...saya ingin umumkan sini peruntukan Dewan Kpg. Hj. Baki telah diluluskan inilah usaha kita yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional  dan saya tambah lagi RM5000 untuk aktiviiti JKKK Kpg. Hj. Baki." pengumuman di buat semasa perasmian Majlis Chap Goh Mei dan Penyampaian geran Tanah di perkarangan rumah timb. pengerusi JKKK Tuan Hj. Bujang. Gambar backdrop  Dato' Yong Khoon Seng tapi oleh urusan  yang tidak dapat di elakan Dato' tak dapat hadir.  Terima kasih YB !!! Itu yang dikatakan YB yang berjiwa rakyat sememang akan di sokong kepimpinannya oleh rakyat!!!

" terima kasih YB..hai..senangnya dalam hati..dah dapat geran tanah....ha...itulah kata kata hati kecil penerima yang telah mendapat geran tanah di sampaikan oleh YB Tan Joo Phoi !!!


 ..1..2..3...4...kanan...kiri...depan...belangkang...bunyi orang nak cari siput sedut pula....tapi mereka ini bukannya nak cari siput..tapi persembahan senamrobik Kpg.Hj. Baki. Persembahan mereka telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Tarian Senamrobik anjuran kelab Kebudayaan Kpg. Hj. Baki bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak  baru baru ini. syabas!!!

 "..lagi satay YB....jika tak saya makan habis...ha...YB menjamu selera selepas penat berucap...

 !!!!..action..Ketua Kaum kita menerima perlantikan semula  berkhidmat menjadi Ketua Kaum Kpg. Hj. Baki  itu lah wajah ayahanda Tuan Hj. Taib b. Hamdan...juga pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki.


 ..sampul surat itu ..?? saya tahu ..dalam nya..!!! Ha.... Timbalan Pengerusi JKKK Kpg. Hj. Baki menerima watikah perlantikan untuk semua AJK JKKK Kpg Hj. Baki daripada YB Tan Joo Phoi...TQ YB..


 ...terimalah YB tanda oleh oleh dari JKKK Kpg. Hj. Baki tiada lain nak di beri bajet sik cukup buah limau mandrin sahaja....tak ..apalah...kata YB..

 Inilah wajah wajah ceria selepas mendapat watikah perlantikan JKKK Baru Kampung Hj. Baki yang di Ketuai oleh Pengerusi JKKK Tuan Hj. Taib b. Hamdan ( barisan depan kanan ) penghulu Tuan Hj. Dollah, YB Tan Joo Phoi Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Cr. Lo Khere Chiang Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Padawan, Tuan hj. Bujang b. Mahrup Timb. Pengerusi JKKK, Puan Agnes ak Samen AJK JKKK dari barisan belakang kanan Pn. Hasimah Morshidi biro kesenian  JKKK, Pn. Ramlah biro agama JKKK,Pn. Badariah biro wanita  JKKK,En. Henry Tawi Bendahari JKKK, Abg. Bohari Setiausaha, Tuan Hj. Sitam AJK JKKK, En. Asri b. Bujang AJK JKKK, En. Jamil b. Hj. Muslim AJK JKKK, En. Mostapha b. Mat AJK JKKK, Pn. Hasiah bt. Morshidi biro hal ehwal  wanita, Cik Aslia Timb. Setiausaha, dan En. Baslie b Sulaiman AJK JKKK.


 ..wah...cantik nya baju...barisan seni tarian poco-poco Kpg. Hj. Baki. jika nak belajar poco poco ha...jumpalah ketua nya..!!!

Ha...1..2..3..klik..yg.manis ada, yg. comel ada, macam macam ada...barisan wajah JKKK Kampung Hj. Baki sesi 2010-2012 dib ketuai oleh Tuan Hj. Taib b. Hamdan ( Ketua Kaum merangkap pengerusi JKKK)

Info Kampung Haji Baki

JKKK KPG. HJ. BAKI NO. 205, Lrg 3, Blok B 93250, Kuching Sarawak.

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia

Kami sokong Gagasan 1 Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

Logo Kenyalang


Rakan Facebook

Pengikut

Dikuasakan oleh Blogger.
Powered By Blogger